RadzBerry: Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 2012

Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 2012

Kemasukan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama



SABK & SMKA

SABK (RENDAH DAN MENENGAH)
PENGENALAN
1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Ditadbir oleh KPM
3. Pemilika tanah dan bangunan dikekalkan
4. Kurikulum agama negeri dikekalkan
5. Menerima pelbagai kemudahan

TUJUAN

1. Mempertingkatkan kualiti pengurusan pentadbiran
2. Mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran
3. Mempertingkatkan kualiti pengurusan sumber manusia
4. Mempertingkatkan kualiti prasarana dan kemudahan

KELEBIHAN

KELEBIHAN DIDAFTARKAN SEBAGAI SABK

1. Kepada sekolah

a) Menerima bantuan sumbangan bagi urusan pentadbiran sekolah
b) Menerima bantuan modal bagi menampung keperluan pembangunan fizikal sekolah
c) Meneriama bantuan isentif (SAR sahaja) setelah Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani
d) Menerima guru terlatih sekiranya guru sedia ada tidak mencukupi
e) Kurikulum agama dan pelaksanaan Sijil Tinggi Agama (STAM) dikekalkan
2. Kelebihan kepada guru dan kakitangan

a) Berpeluang diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan
b) Berpeluang menikmati gaji dan elaun yang setaraf dengan kelayakan
c) Berpeluang mendapat kenaikan pangkat
d) Berpeluang mendapat kemudahan kerajaan
e) Berpeluang mengikuti kursus ikhtisas
f) Berpeluang melanjutkan Pelajaran
g) Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti KPM
3. Kelebihan kepada murid

a) Berpeluang mendapat bantuan
b) Berpeluang bersaing dengan murid-murid aliran perdana
c) Berpeluang untuk ikut serta dalam aktiviti anjuran KPM
d) Berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah-sekolah KPM yang terbaik
e) Berpeluang mendapat pendidikan yang lebih berkualiti

SYARAT PENDAFTARAN

1. Sudah berdaftar dengan Jabatan Agama Negeri (JAIN)
2. Melaksanakan sesi persekolahan sepenuh masa
3. Menggunapakai dwi-kurikulum (kurikulum agama dan kurikulum kebangsaan)
4. Mempunyai murid sendiri yang mengambil peperiksaan awam KPM
5. Mendapat persetujuan semua pihak yang berkepentingan terhadap sekolah
6. Mempunyai bangunan sendiri
7. Bangunan dibina di atas tapak tanah yang berstatus wakaf
8. Memenuhi syarat keselamatan, kesihatan dan perancangan Pihak Berkuasa Tempatan
9. Bilangan murid melebihi 150 orang
10. Tidak menanggung hutang

CARA MEMOHON

1. Menghantar surat permohonan dan salinan keputusan mesyuarat Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) atau pihak berkuasa agama negeri kepada BPI(Bahagian Pendidikan Islam)

2. Menghantar profail sekolah, senarai nama ahli lembaga Pengelola Sekolah, guru, kakitangan dan murid beserta salinan dokumen geran tanah, pelan sekolah dan Sijil Pendaftaran sekolah yang disahkan

3. Menyemak dan mempersetujui draf MoU yang dimemukakan oleh KPM

4. Menghantar surat persetujuan terhadap draf MoU kepada KPM

5. Menandatangani dokumen MoU

6. Mengisi borang pendaftaran sekolah

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
(SMKA)

PENGENALAN

Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebanggsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.

Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakatIslam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan member bantuan kepada sekolah-sekolah agamarakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan system baru.

Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan system pendidikan Negara. Proses penambaikan system pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.

Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana system pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar system pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agam diselaraskan dengan sekolah menengah harian.

Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.

MAKTLAMAT SMKA

1. Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
2. Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi
3. Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
4. Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara

OBJEKTIF

1. Mencapai kecemerlangan kurikulum dank o-kurikulum
2. Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
3. Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
4. Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
5. Menyediakan pelajar yang dapat member sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah

FALSAFAH

"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal solehserta budaya Islam dn suasan pembelajaran yang seimbang kea rah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara."

MISI

Bagi meralisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited :

1. Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk reality ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah
2. Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama
3. Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisyen dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam
4. Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum
5. Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim dini
6. Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempatdengan agensi-agensi luar

Objektif SMKA
Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum.
Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia.
Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani.
Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam.
Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dan ummah.
Keistimewaan SMKA

Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam
Banyak peluang melanjutkan pelajaran
Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran
Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam
Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab

Senarai Sekolah Kebangsaan Agama
PERLIS
SMKA Arau
SMKA (P) Kangar
         
KEDAH
SMKA Kedah
SMKA Baling
SMKA Sik
SMKA Yan
          
PULAU PINANG
SMKA (L) Al-Mashoor
SMKA (P) Al-Mashoor
SMKA Nibong Tebal
SMKA Al-Irsyad
          
KUALA LUMPUR
SMKA Kuala Lumpur
          
NEGERI SEMBILAN
SMKA Sheikh Haji Mohd Said
SMKA Pedas
          
PERAK
SMKA Sultan Azlan Shah
SMKA Slim River
SMKA Kerian
          
SELANGOR
SMKA Simpang Lima
SMKA Kuala Selangor
SMKA Maahad Hamidiah
          
MELAKA
SMKA Sharifah Rodziah
SMKA Sultan Muhammad
          
JOHOR
SMKA Maahad Muar
SMKA Segamat
SMKA Johor Bahru
SMKA Bandar Penawar
          
PAHANG
SMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
SMKA Pahang
          
TERENGGANU
SMKA Sheikh Abdul Malik
SMKA Tok Jiring
SMKA Wataniah
SMKA Durian Guling
SMKA Kuala Abang
SMKA Nurul Ittifaq
          
KELANTAN
SMKA Naim Lil Banat
SMKA Falahiah
SMKA Wataniah
SMKA Melor
SMKA Tangok
SMKA Lati
          
SABAH
SMKA Tun Sakaran
SMKA Sandakan
SMKA Muhamad Ali Ranau
SMKA Inanam
SMKA Limauan
SMKA Kota Kinabalu
SMKA Tun Datu Mustapha
SMKA Tun Said
          
SARAWAK
SMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
SMKA Matang
SMKA Sibu
SMKA Miri
SMKA Tun Ahmad Zaidi
SMKA Limbang
SMKA Igan
SMKA Seri Aman 



Photobucket
Gambar Hiasan

No comments:

Post a Comment

Copyright © RadzBerry Urang-kurai